
PETALING JAYA – Sebanyak lapan buah negeri dikenakan amaran ribut petir susulan hujan lebat dan angin kencang pada petang ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu hantaran berkata, amaran itu melibatkan beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah hingga 9 malam nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai) manakala di Terengganu di Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.
“Bagi negeri Pahang, amaran ribut petir melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir juga dikenakan di daerah Hulu Langat di Selangor.
“Amaran juga dikeluarkan di Negeri Sembilan iaitu melibatkan daerah Jelebu, manakala di Johor amaran diberikan di Mersing.
“Di Sarawak pula ribut petir dijangka melanda Serian dan di Sabah, cuaca buruk diramal berlaku di Pedalaman, Tawau (Kalabakan, Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Labuk & Sugut, Sandakan, Telupid dan Tongod), Pantai Barat,” katanya.
Katanya, amaran itu juga dikeluarkan melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir landa 8 negeri hingga malam ini appeared first on Kosmo Online.






