
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat buah negeri petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 4 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang melibatkan daerah Kuantan dan Pekan.
“Selain itu, cuaca sama juga diramal berlaku di Johor iaitu di Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu di Sarawak, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Bintulu (Tatau), Mukah (Mukah), Sibu (Selangau).
“Di Sabah, amaran ribut petir dikenakan di Tawau (Semporna, Tawau, Kunak dan Kalabakan), Pedalaman (Pensiangan, Beaufort, Kuala Penyu, Membakut, Keningau, Tambunan, Tenom dan Sook), Pantai Barat, Kudat (Kota Marudu), Sandakan (Paitan, Telupid dan Tongod),” katanya.
Katanya, ribut petir serta angin kencang juga dijangka melanda Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, angin kencang di 4 negeri appeared first on Kosmo Online.






