
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula Ahad, 8 November sehingga Rabu, 11 November.
Amaran hujan berterusan
Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.
Sementara itu, kawasan di Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.
Bagi Sabah, amaran sama dikeluarkan untuk kawasan Kudat dan Sandakan, melibatkan Paitan, Telupid, Labuk & Sugut, Sandakan serta Kinabatangan bermula Isnin, 9 November hingga Rabu, 11 November.

Dalam satu kenyataan berasingan, MetMalaysia memaklumkan bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara pada 9 hingga 11 November.
Baca juga:
Siap Sedia, Monsun Timur Laut Dijangka Bermula 27 Oktober & Ini Yang Akan Berlaku
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
Keadaan tersebut berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan.
Dalam pada itu, penumpuan angin timuran di negeri-negeri barat Semenanjung turut berpotensi mengakibatkan ribut petir berserta hujan lebat pada waktu petang yang boleh berlarutan sehingga lewat malam.
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.




