
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 7 malam ini.
Antara kawasan terlibat ialah Kedah membabitkan Baling, Kulim, Padang Terap dan Sik, manakala di Perak meliputi Hulu Perak, Selama, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Muallim.
“Di Kelantan, cuaca buruk dijangka berlaku di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu melibatkan Besut.
“Bagi negeri Pahang, kawasan terjejas ialah Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands, sementara di Selangor membabitkan Gombak, Petaling dan Hulu Selangor,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Johor iaitu Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat dan Kluang.
“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Samarahan, Serian, Kuching (Kuching dan Bau), Sri Aman (Pantu), Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Miri (Subis dan Marudi) serta Limbang.
“Sementara itu, di Sabah, amaran meliputi kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Sook, Keningau, Tambunan dan Membakut, selain Pantai Barat, Telupid dan Kinabatangan di Sandakan serta Lahad Datu dan Kunak di Tawau.
“Wilayah Persekutuan Labuan turut terlibat dalam amaran berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir landa beberapa negeri hingga malam ini appeared first on Kosmo Online.






