Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di lima negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah, sehingga 3 petang ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di lima negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah, sehingga 3 petang ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 11.50 pagi, 18 Oktober 2026, memaklumkan cuaca berkenaan dijangka melanda kawasan tertentu di negeri terbabit.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, manakala di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Bagi Terengganu, amaran melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Mukah, Sarikei (Maradong dan Sarikei), Bintulu (Tatau) serta Sibu (Kanowit, Paitan, Labuk dan Sandakan).

Di Sabah pula, amaran melibatkan Kudat (Pitas) dan Sandakan (Paitan, Labuk dan Sandakan).

Amaran ribut petir dan hujan lebat itu berkuat kuasa sehingga 3 petang, 18 Oktober 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved