Ribut salji: Biden lulus peruntukan untuk New York

27 Dec 2022 • 5:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin meluluskan pengisytiharan darurat untuk negeri New York berikut ribut salji dasyat yang melanda negeri itu.

Susulan itu juga Biden mengarahkan kerajaan persekutuan mengeluarkan peruntukan bagi membantu kerajaan negeri dan tempatan, menurut Rumah Putih, lapor Xinhua.

Ribut salji dan suhu sejuk yang berterusan telah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa di New York setakat Isnin dan lebih 50 kematian dilaporkan di seluruh negara.-Bernama