Ribut Tropika Trami: MetMalaysia keluar amaran cuaca signifikan hingga 28 Oktober

LocalEnvironment
24 Oct 2024 • 1:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia memaklumkan ribut tropika Trami dikesan berlaku 1,281 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang berlaku di Sabah.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, MetMalaysia berkata, keadaan itu menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober ini.

Ini jelasnya, berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan pantai timur semenanjung dalam tempoh tersebut.

"Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa sehingga 25 Oktober.

"Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober ini," katanya.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web MetMalaysia dan media sosial rasmi Met Malaysia serta muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved