
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi satu kewajipan buat semua pengguna untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya.
Malah kita juga sentiasa dinasihatkan untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kemalangan tak diingini berlaku.
Namun tak dinafikan adakalanya kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pengguna lain yang tidak peka dengan keadaan sekeliling dan sebagainya.
Penunggang motosikal hampir digilis lori ketika tunggu lampu isyarat merah
Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal yang juga rider penghantar makanan berdepan detik cemas apabila hampir digilis oleh sebuah lori ketika menunggu di satu lampu isyarat merah di Melaka.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Nur Suzieela di TikTok, awalnya kelihatan motosikal terbabit berhenti di tepi lorong tengah sewaktu menunggu lampu isyarat berkenaan.
Di belakang motosikal tersebut terdapat sebuah lori treler yang dipercayai sedang membawa muatan berat seperti pasir atau batu.
Namun lori berkenaan kemudiannya secara tiba-tiba bergerak dan menukar lorong untuk memasuki susur di sebelah kiri sehingga menyebabkan dia melanggar penunggang motosikal terbabit dipercayai berpunca daripada blindspot.
Sempat merangkak ke tepi jalan untuk selamatkan diri dari dilanggar
Mujur rider tersebut sempat menyelamatkan diri apabila dilihat merangkak ke tepi jalan dengan cepat. Manakala motosikalnya telah diseret oleh lori terbabit.
“Kejadian dekat jam 12 tengah hari tadi sedang memikir nak makan asam pedas dekat mana masa tu, kami semua berpakat berhenti depan kedai ni (Asam Pedas Taming Sari By Kak Bed). Tengah mencari-cari dekat TikTok mana yang sedap.
“Tiba-tiba suami hon kereta tiga kali, mata terus tertumpu dekat depan, nampak abang Grab ni kena seret dah.
“Semoga dipermudahkan segala urusan keduanya, abang Grab tu sempat ke tepi, kejadian di Melaka,” kata Nur Suzieela.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan insiden itu dipercayai berlaku semalam (23 Disember).
@puannursuzieela kejadian dekat jam 12 tengah hari tadi..sedang memikir nak mkn asam pedas kat mana masa tu pakat kami semua berhenti depan kedai ni..tengah dok cari2 kat tiktok mana yg sedap..tiba2..suami hon kereta 3 kali..mata terus tertumpu kat depan..nmpk abg grab ni kena seret dah.. semoga dipermudahkan segala urusan keduanya..alhamdulillah..abg grab tu sempat ketepi.. kejadian ni di melaka..sy x tahu apa nama jalan ni
♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif..
Ramai kecam tindakan lori dipercayai ubah laluan secara tiba-tiba
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lori berkenaan yang dipercayai secara tiba-tiba menukar arah laluan sehingga melanggar rider berkenaan.
Ada juga yang mengatakan jarak motosikal terbabit jauh daripada lori dan menyifatkan ia bukan laluan ‘blindspot’ kenderaan berat itu.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan video dashcam terbabit boleh menjadi bahan bukti buat rider tersebut untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Kebanyakan lori cermin depan banyak letak sticker tu yang tak nampak. Cuba perhatikan cermin lori depan tu yang tak nampak”

“Bagi video dekat abang motor tu. Nampak sangat lori tu salah, lori tu dia nak tukar laluan tu.”

“Yang saya tak faham ni kenapa tiba-tiba ubah laluan tu dah kereta-kereta di depan duduk tunggu lampu isyarat yang lori ni tak boleh sabar. Akhirnya senang cerita cakap blindspot”




