‘Rider’ motosikal disita akan didakwa Disember nanti

14 Sep 2023 • 9:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penghantar makanan yang tular apabila berjalan kaki selepas motosikal yang ditungganginya disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan didakwa Disember nanti.

Rider motosikal disita didakwa Disember nanti

Memetik laporan dari Utusan, merujuk kepada kenyataan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, ‘rider’ motosikal disita yang berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini.

“Motosikalnya boleh diambil semula selepas fail siasatan dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui.

“Dia ada didakwa di mahkamah atas kesalahan menunggang motosikal di atas jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan polisi insurans tidak berkuatkuasa,” katanya.

image is not available

Tular di aplikasi TikTok

Terdahulu, motosikal seorang penghantar makanan telah disita pihak JPJ berikutan pelbagai kesalahan yang dimilikinya.

Video dia berjalan kaki dengan membawa beg penghantar makanan telah tular di media sosial apabila dimuat naik oleh satu akaun di aplikasi TikTok.

Aisar Khaledd belikan motosikal baru

Tidak sampai 24 jam, ramai yang telah tampil dengan niat untuk membantu termasuklah seorang influencer terkenal, Aisar Khaledd dengan membelikan lelaki itu motosikal baharu.

@aisarkhaledd

Suprise Motosikal Kepada Rider FoodPanda Yang Kehilangan Motosikalnya Kena Sita Oleh Pihak Berkuasa . #riderfoodpanda #motor #jpjmalaysia #sedekah #foryou #aklegacyteam #aisarkhaledd #epyepe

♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Namun begitu, pihak JPJ telah menjelaskan kesalahan-kesalahan yang dilakukan individu berkenaan sehingga motosikalnya terpaksa disita.

Walau bagaimanapun, penghantar makanan berkenaan mengakui yang dia sendiri menyerahkan kunci dan motosikalnya kepada pijak JPJ termasuk memperbetulkan semula pelbagai spekulasi yang terjadi kepadanya.

Sumber: Utusan, TikTok kikkycoco, Aisar khaleed