Rider Tak Jadi Nak Mogok Lepas Syarikat ‘Offer’ Bonus Lebih?

Entertainment
5 Aug 2022 • 4:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dikatakan, hari ini penghantar makanan dari beberapa syarikat telah melancarkan kempen mogok bermula malam tadi ekoran beberapa faktor seperti bayaran tambang yang sedikit.

Disebabkan ini, salah sebuah syarikat penghantar makanan yang terlibat dikatakan telah memberikan tawaran berbentuk bonus tambahan kepada mana-mana penghantar makanan yang bekerja pada tarikh yang ditetapkan.

Flexi bonus Kembali lagi! Peluang terakhir anda untuk dapatkan bonus tambahan pada minggu ini dengan bekerja pada 5 Ogos, 6 Ogos dan 7 Ogos.

“Sekiranya anda bekerja di zon-zon berikut pada waktu peak hour.

image is not available

Menurut Utusan Malaysia, melalui pemerhatian di media sosial, beberapa rider dikatakan telah membatalkan niat untuk mogok kerana merasakan ini merupakan peluang mereka untuk mencari rezeki.

Mogok? Silakan, peluang aku nak cari rezeki. Waktu solat Jumaat kita tutup sekejap, lepas solat kita cedok (bekerja semula),” tulis seorang individu melalui hantaran di Facebook.

“Mogok apanya? Tengok jadual esok (hari ini) laku keras. Siapa yang amik? Jadual licin macam pisang goreng,” tulis individu lain.

Manakala beberapa pengguna di Twitter pula mengatakan yang mereka memang lihat rider di atas jalan berkurang hari ini, pun begitu ada juga yang mengatakan tak ada masalah dengan pesanan mereka hari ini.

image is not available

Korang pulak macam mana? Ok tak order makanan harini?

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.