Rider Terbabas Langgar Tembok Pembahagi Jalan Di Depan SMK Maxwell Raih Perhatian [Video]

LocalCars
23 Jul 2025 • 5:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya.

Bukan hanya itu, kita turut dinasihatkan untuk sentiasa peka dan fokus apabila memandu mahupun menunggang motosikal.

Ini kerana, memberikan tumpuan 100% boleh mengelakkan kemalangan sekali gus menyelamatkan nyawa seseorang.

Rider terbabit kemalangan kerana langgar pembahagi jalan

Baru-baru ini, tular satu video di Threads memapar sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan sewaktu berada di hadapan SMK Maxwell di Kuala Lumpur.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan, awalnya kelihatan rider yang menunggang motosikal itu berada di lorong kanan.

Rider itu kemudiannya dilihat ingin bertukar ke lorong kiri seperti ingin melalui susur jalan di tingkat bawah (fly over).

Namun dalam dia mengawal motosikal untuk masuk ke susur lorong sebelah kiri kelihatan dia telah melanggar tembok pembahagi jalan yang berada di kawasan berkenaan.

Melambung selepas langgar pembahagi jalan sebelum jatuh atas jalan

Insiden itu secara tidak langsung telah membuatkan penunggang motosikal tersebut melambung sebelum jatuh ke atas jalan.

Turut kedengaran suara pemilik dashcam terkejut namun tidak dapat membantu kerana keluar ke susur tingkat atas lebuhraya terbabit.

Mejengah ke ruangan komen, video tersebut telah mengundang pelbagai rekasi di kalangan pengguna Threads.

Ini kerana ada yang menyoal mengapakan tembok pembahagi jalan itu tidak diwarnakan agar ia mudah dilihat.

Namun ada juga yang mengatakan pihak berkuasa telah menyediakan garisan chevron (garisan sebelum pembahagi jalan) untuk pengguna cakna.

Ada juga yang mengatakan sesiapa yang melalui jalan tersebut pasti akan berasa keliru kerana tidak menyedari terdapat divider di kawasan itu.

“Betul sudah ada cat di atas jalan. Cat pada bahu pembahagi jalan adalah sebagai tambahan ciri-ciri keselamatan kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta”

image is not available

“Betul-betul depan SMK Maxwell”

image is not available

“Dia ni dekat lorong mana? Tiba-tiba nak susur keluar”

image is not available