Tangan Terasa ‘Pedas’ Selepas Potong Atau Tumbuk Cili? Ini Tips Hilangkan Rasa Pijar Dengan Mudah

FoodCooking
23 Jul 2025 • 4:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Cili merupakan sayuran yang sering digunakan dalam masakan lebih-lebih lagi untuk membuat hidangan berasaskan sambal atau gulai.

Lihat sahajalah, pelbagai jenis cili terdapat di pasaran untuk disesuaikan mengikut jenis masakan serta tahap kepedasan.

Namun buat mereka yang suka memasak, pasti ada ketikanya tangan berasa seperti terbakar atau berasa pijar hingga mengundang rasa tidak selesa.

Malah, hendak melakukan apa sahaja pun rasa tidak ‘best’ disebabkan rasa pijar tersebut.

Kenapa Tangan Terasa Pijar Bila Pegang Cili?

Pernah tak korang terfikir kenapa tangan berasa pijar apabila memegang atau memotong cabai?

Menurut seorang ahli perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, cili mengandungi sebatian capsaicin.

Sama seperti rasa pedas dalam mulut, sebatian ini akan meransang reseptor sakit sekiranya terkena kulit hingga menyebabkan rasa pijar pada tangan jika terpegang.

Capsaicin ini sukar untuk ditanggalkan dari kulit walaupun telah dicuci dengan air.

image is not available
Foto: Freepik

Jom kami kongsikan cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan rasa pijar pada tangan;

#1 Susu

Susu merupakan bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa pijar pada tangan.

Ini kerana susu mengandungi sejenis protein yang disebut sebagai casein. Bahan ini boleh membantu memutuskan ikatan capsaicin pada reseptor kulit.

Caranya adalah dengan merendam tangan ke dalam susu selama beberapa minit untuk menghilangkan rasa pedas tersebut.

Jika rumah korang tiada susu, korang juga boleh gunakan produk tenusu lain seperti yogurt.

image is not available
Foto: Freepik

#2 Sabun Cuci Pinggan

Tahukah anda, capsaicin boleh larut dalam bahan seperti minyak atau lemak? Jika tangan terasa pijar, korang boleh menggunakan sabun pencuci pinggan untuk menghilangkan rasa tersebut.

Memetik Hello Doktor, sabun pencuci pinggan amat berkesan menanggalkan kesan minyak capsaicin pada tangan korang.

Caranya mudah je! Gosok tangan korang secara lembut bersama sabun pencuci pinggan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

image is not available
Foto: Freepik

#3 Cuka Masak

Percaya atau tidak, bahan dapur seperti cuka boleh membantu menghilangkan rasa pijar pada tangan.

Ini kerasa capsaicin bersifat alkali manakala bahan berasid seperti cuka boleh membantu meneutralkan capsaicin tersebut.

Jika tiada cuka, korang juga boleh menggunakan bahan masam lain seperti jus limau, air asam jawa atau buah lemon.

Sama seperti susu, rendam tangan korang dengan cuka selama beberapa minit.

image is not available
Foto: Freepik

#4 Beras

Beras juga merupakan antara bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa pijar pada tangan.

Caranya adalah dengan merendamkan terus tangan ke dalam bekas atau tong beras dan biarkan untuk seketika.

Kalau tidak mahu menggunakan cara sebegitu, korang boleh je ambil beras dan mengenggam bahan tersebut untuk seketika.

Namun apa pun, pastikan tangan korang dicuci bersih terlebih dahulu sebelum menggenggam atau merendam tangan ke dalam beras ye!

image is not available
Foto: Freepik

#5 Minyak Masak atau Minyak Zaitun

Kalau susah nak jumpa semua bahan di atas, korang nak guna minyak masak atau minyak zaitun di dapur untuk hilangkan rasa pijar pun boleh!

Caranya adalah dengan mengambil sedikit minyak masak dan lumurkan pada bahagian yang terasa pijar.

Biarkan selama lima minit sebelum mencucinya menggunakan sabun dan air suam.

image is not available
Foto: Freepik

Lepas ini, tak perlulah korang basuh tangan dengan air kalau tangan terasa pijar selepas terkena cili.

Cuba guna bahan di atas untuk menghilangkan rasa pijar dengan mudah dan berkesan.

Source: