
Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Okumura atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura tampil memberikan penjelasan berhubung lot kubur kosong di sebelah pusara isterinya, Allahyarham Akiko Okumura, yang mencetus tanda tanya netizen.
Menerusi Instagram, Ridz memberitahu yang tanah di sebelah pusara Akiko tidak boleh digali kerana terdapat batu besar di bawah permukaan tanah.
Rezeki arwah Akiko… kawasan sebelah itu memang dibiarkan lapang kerana tidak boleh digali. Itu adalah ketentuan Allah.
Ridzokumura cerita kenangan undang sebak ramai
Dalam perkongsian yang cukup menyentuh hati di TikTok, Ridz turut berkongsi keperibadian isterinya yang sangat disayangi, menggambarkan Akiko sebagai seorang wanita taat, sederhana, dan berjiwa tenang.
Hanya Allah yang tahu betapa hebatnya insan bernama Akiko Okumura. Arwah tak pernah berdosa dengan sesiapa. Allah tunjuk kemuliaan dengan keluasan pusaranya.
Pemergian mengejut yang masih dalam siasatan

Untuk rekod, Akiko meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui, namun siasatan masih dijalankan secara menyeluruh termasuk dari sudut kriminologi.
Pssttt! Setiap perpisahan adalah ujian dan pengajaran. Hargai mereka yang masih ada, dan doakan mereka yang telah pergi. Kehidupan ini terlalu singkat untuk membenci.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.
