Rifdean akhirnya raih kontrak ONE Championship

19 Jun 2026 • 9:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rifdean akhirnya raih kontrak ONE Championship
Rifdean

PETARUNG Muay Thai negara, Mohammad Rifdean Masdor mengesahkan kontrak bersama ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM413,719) selepas menampilkan aksi bertenaga dalam pertarungannya di The Inner Circle 19 sebentar tadi.

Atlet berusia 23 tahun itu mengekalkan momentum cemerlang apabila menewaskan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Pertarungan atomweight tersebut hanya berlangsung selama 1 minit 34 saat apabila Rifdean mempamerkan aksi agresif sebelum menamatkan cabaran lawan dengan KO meyakinkan.

Kemenangan itu meneruskan rentak lima kemenangan berturut-turut buatnya dalam ONE Championship, sekali gus melayakkan beliau menerima kontrak profesional daripada organisasi berkenaan.

Rifdean kini mengikuti jejak Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo) yang meraih kontrak tetap bersama ONE Championships.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved