Rihanna Buat Kejutan, Umum Hamil Anak Ketiga Di Met Gala New York

EntertainmentLifestyle
6 May 2025 • 5:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selebriti Hollywood Rihanna tampil membuat kejutan dengan mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga ketika menghadiri acara Met Gala di New York pada Isnin.

Rihanna hamil anak ketiga

image is not available

Foto: Rolling Stone

Penyanyi itu tidak lagi berselindung menunjukkan ‘baby bump’ miliknya ketika tampil anggun mengenakan busana Miu Miu serba kelabu terdiri daripada blouse dan skirt yang digayakan dengan but separas lutut, selendang bewarna perang dan topi cloche hitam.

Sementara itu, pasangannya ASAP Rocky memberitahu, mereka berasa gembira dapat mengumumkan berita ini dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata ketiga.

“Kami penat nak sembunyikan berita baik ini dan sudah tiba masa untuk umumkan kelahiran ini.

“Saya juga terharu apabila semua orang gembira dan kami berasa teruja kerana bakal menimang cahaya mata,” kata Rocky kepada media.

image is not available

Foto: People.com

Sebelum beberapa jam acara bermula, pelantun lagu Diamonds In The Sky itu tiba di hotel penginapannya tanpa berselindung menunjukkan perutnya yang sudah mula membesar.

Rihanna juga turut dilihat cuba berselindung daripada paparazi yang menanti kemunculannya di luar hotel berkenaan.

Terdahulu, pada tahun 2023 dia pernah mengejutkan peminatnya apabila mendedahkan kehamilan semasa persembahan separuh masa Super Bowl, sebelum menghadiri Met Gala pada tahun sama.

image is not available

Foto: Billboard

Untuk rekod, pasangan tersebut sudah memiliki dua cahaya mata iaitu Rza Athelston Mayers, 3, dan Riot Rose Mayer, setahun.

Sumber: consequence