Riise sifatkan kenyataan Salah tak kena masa

FootballSports
21 May 2026 • 7:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Riise sifatkan kenyataan Salah tak kena masa
Walaupun Liverpool berjaya memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dalam musim pertama Slot di Anfield, hubungan antara Salah dan pengurus itu dikatakan sentiasa tegang. - Foto Agensi

BEKAS pertahanan Liverpool, John Arne Riise mengkritik tindakan Mohamed Salah yang didakwa mengeluarkan kenyataan terbuka terhadap prestasi pasukan ketika musim masih berlangsung, sekali gus menyifatkannya sebagai tidak kena pada masa.

Salah sebelum ini dilapor meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendekatan permainan Liverpool di bawah pengendali Arne Slot, yang dikatakan tidak lagi mencerminkan identiti “heavy metal football” era Jürgen Klopp.

Kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak, dengan Riise berpendapat ia boleh mengganggu kestabilan pasukan pada saat penting musim.

“Saya kesal Salah tidak menunggu sehingga musim berakhir sebelum mengeluarkan kenyataan itu,” kata Riise seperti dipetik Liverpool Echo.

Menurutnya, pemain berpengalaman seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan secara terbuka, terutama ketika pasukan masih melalui kempen kompetitif.

“Saya pernah bertemu Salah, dia seorang yang baik, hormat dan profesional. Sebab itu saya tidak faham mengapa kenyataan seperti ini muncul,” katanya.

Riise turut menegaskan bahawa kelab sentiasa lebih besar daripada mana-mana individu, sekali gus menekankan kepentingan menjaga keharmonian pasukan.

“Kelab bola sepak Liverpool akan sentiasa lebih besar daripada mana-mana pemain. Begitulah selamanya,” tegas Riise.

Dalam pada itu, Riise turut membayangkan Slot perlu mempertimbangkan keputusan pemilihan pemain bagi perlawanan terakhir musim ini menentang Brentford di Anfield, sekiranya isu berkenaan memberi kesan terhadap suasana bilik persalinan. -end

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved