Rikzy Febian, Mahalini Selamat Nikah Semula Lepas Kontroversi Perkahwinan Tidak Sah

4 Jan 2025 • 12:37 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pasangan penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini yang sempat berdepan kontroversi sebelum ini kerana didakwa menjalani akad nikah tidak sah sudah menyelesaikan masalah tersebut.

Rizky dan Mahalini telah menikah semula pada 27 Disember 2024 untuk memastikan perkahwinan mereka sah secara negara dan agama. 

Sebelum ini pernikahan pasangan popular yang berlangsung pada 10 Mei 2024  tidak sah secara negara kerana masalah pentadbiran.

Anak kepada pelawak Sule dengan penyanyi berasal daripada Bali itu menjalankan akad nikah kedua di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta Selatan sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.

"Mereka sudah menikah di KUA Setia Budi dan sebelumnya mereka sudah mendaftarkan pernikahan mereka.

“Kini sesuai tercatat di KUA pada hari Jumaat tanggal 27 Disember (menikah semula)," ujar Kepala KUA Setiabudi, Nasrulla kepada Detik.com.

Mereka juga telah mendaftar perkahwinan dan semua butiran lengkap dan telah memiliki buku nikah seperti layaknya pasangan suami-isteri.

“Semuanya sah dan cukup syarat dari segi agama dan negara. Semuanya akan ada dalam buku nikah mereka,” ujar Nasrulla lagi.