“Rilek je tak tukar” – Zul Ariffin Dipuji Cakap BM Ketika Promosi Filem Di Indonesia

Entertainment
24 May 2024 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Filem terbaharu arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti sudah mula ditayangkan di pawagam negara jiran, Indonesia.

Baru-baru ini, tayangan Sheriff ketika di malam Galam filem itu yang berlangsung di Jakarta telah mendapat sambutan hangat daripada penonton di sana.

Situasi itu dapat dilihat menerusi perkongsian anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam di akaun Instagram miliknya.

Rakaman video pendek yang dikongsi Syafiq itu jelas menunjukkan gelagat penonton yang berasa teruja dengan filem berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

Sementara itu, menerusi video di TikTok, ucapan pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin kepada peminat Indonesia telah meraih perhatian netizen di sini.

Ini disebabkan Zul atau nama penuhnya, Zulkifli Ariffin, 38, berucap secara penuh dalam bahasa Melayu tanpa terikut-ikut slang bahasa Indonesia.

“Assalamualaikum semua, saya Zul Ariffin. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff.

“Alhamdulilah, semoga apa yang dipertontonkan tadi dapat perhatian anda semua. Insya-Allah,” ucap Zul.

@zafcgangza

Team #sheriff kini berada di Indonesia(Jakarta)!! let’s gooo watch film #sheriff berdekatan dengan anda semua!!! #zulariffin #sheriff #Narkolntegriti @Zul Ariffin

♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bangga dengan pelakon itu yang mengutamakan bahasa ibunda tanpa campuran slang negara jiran.

image is not available image is not available image is not available

Selain tayangan di Indonesia, filem Sheriff juga bakal menembusi pawagam di Hong Kong bermula 6 Jun ini.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.