
Izreen Azminda mengakui bahawa dirinya tidak boleh terlalu kerap berkongsikan foto bersama suami, Ude di platform media sosial kerana tidak mahu ramai pihak berasa kurang senang melihatnya.
Menurutnya, dia bimbang orang ramai akan berasa meluat jika sering berkongsi foto bersama suami dan tidak terlalu mencuba untuk memaparkan kebahagiaan di media sosial.
Sesekali tidak mengapa, jangan selalu nanti orang meluat. Nanti orang kata terlalu mencuba.
View this post on Instagram
A post shared by I.z.R.e.e.N.a.z.M.i.n.d.A (@izreen.azminda)
Susulan perkara tersebut, banyak peminat yang meninggalkan komen bahawa muka mereka suami isteri kelihatan sama apabila diperhatikan dengan teliti.
Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan sama ada Izreen sengaja memuat naik foto bersama kapsyen seperti itu kerana mahu memerli individu lain.

Malah, mendakwa pelakon terbabit sebenarnya berasa cemburu melihat pasangan ‘lain’ yang sering berkongsikan momen mesranya bersama suami tercinta di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
"Jangan Usik Aku, Sebelum Aku.." - Ugut Akan Bongkar Rahsia, Izreen Azminda Tuju Pada Siapa?
The post “Rileks, Nanti Orang Meluat” – Ada Sebab Jarang ‘Post’ Foto Suami, Netizen Dakwa Izreen Azminda Perli Seseorang? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![[VIDEO] Air pasang besar: Tanjung Piai tarik ribuan pengunjung](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)