Rimas link Seller Affiliate Shopee di medsos? Program itu akan ditamatkan terus

Technology
10 Jul 2023 • 3:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Shopee mengumumkan yang mereka akan menamatkan Seller Affiliate Programme. Berdasarkan siaran yang dihantar kepada peserta program tersebut akan ditamatkan pada 31 Julai 2023 apabila semua kadar komisen akan ditetapkan kepada 0%. Walau bagaimanapun, Seller Affiliate Portal akan terus berfungsi sehingga 31 Oktober 2023.

image is not available

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Seller Affiliate Programme sudahpun berhenti menerima permohonan penyertaan sejak 30 Mei 2023 yang lalu. Katanya mereka sedang menambah baik program tersebut untuk pengalaman yang lebih baik.

Shopee Seller Affiliate Programme adalah inisiatif percuma yang digerakkan untuk membolehkan penjual menjana pendapatan untuk setiap tempahan yang dipenuhi melalui pautan Seller Affiliate. Sebab itu anda dapat lihat lambakkan pautan produk Shopee di medsos seperti Facebook, semuanya berlumba-lumba untuk mendapatkan klik dan seterusnya komisen daripada pengguna Facebook yang lain.

Selain daripada program Shopee Seller Affiliate Program, terdapat satu lagi program Affiliate yang sedang berjalan iaitu Shopee Ambassador Program dan ia berjalan seperti biasa.

image is not available

Dengan tiadanya Seller Affiliate Programme ini, apakah alternatif yang anda gunakan?