Rina dah jadi kakak! Maryam selamat bersalin, bayi kongsi tarikh lahir sama dengan omma

LocalFamily & Parenting
19 Feb 2025 • 10:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PASANGAN yang terkenal dengan gelaran Durian Kimchi, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim selamat menimang cahaya mata kedua.

Menerusi perkongsian Ryzal di Instagram miliknya, putera mereka selamat dilahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta. Menariknya, bayi seberat 3.67 kilogram itu berkongsi tarikh lahir sama dengan ibunya.

“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” tulis Ryzal.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, dalam perkongsian yang sama beliau turut meluah rasa syukur dan berharap mereka suami isteri mampu menjaga amanah yang diberikan.

“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” jelas beliau.

image is not available

Dalam pada itu, ruangan komen perkongsian tersebut dilimpahi dengan ucapan selamat dengan kelahiran bayi comel tersebut.

Alhamdulillah..tahniah Ryzal & Maryam..yeay rina dh jd kakak..mesti dia excited

Auww. Alhamdulillah. Congrates both of you! Sepasang dah. Selamat berpantang maryam! Takecare

Alhamdulillah congratulations Selamat berpantang Maryam