Ryzal Syukur Maryam Selamat Bersalin Anak Kedua, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Baby - “3.67 Kg, Lahirnya Putera Kami…”

20 Feb 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!


Tarikh lahir sama dengan baby

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya yang juga merupakan pempengaruh, Ryzal Ibrahim menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Menurut Ryzal, anak keduanya selamat dilahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta. 

Lebih manis lagi, bayi comel seberat seberat 3.67 kilogram itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.

“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” maklumnya.

 

Ryzal luah rasa syukur


Dalam perkongsian sama, Ryzal turut meluahkan rasa syukur dan berharap mereka suami isteri dapat menjaga amanah yang diberikan itu dengan baik.

“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” coretnya.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

 

 

 

 

 


Untuk info, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 di Korea Selatan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan yang terkenal dengan gelaran Durian Kimchi ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina, 4.