Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ - Akmal Saleh

Politics
21 Feb 2024 • 12:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhamad Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir situasi ekonomi semasa dengan mengaitkan slogan bahawa penyusutan nilai ringgit negara mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Muhamad Akmal berkata, beliau rindu dengan slogan tersebut yang mengungkapkan bahawa nilai ringgit akan kembali meningkat jika Najib berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Najib turun,ringgit naik. Rindu betul slogan ini,” katanya dalam siaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat jam 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved