“Rindu Tuanku” – Netizen ‘Lepas Rindu’ Tengok Bekas Permaisuri Agong Mula Aktif Di TikTok

Entertainment
31 Jan 2024 • 2:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, berlangsungnya Istiadat Keberangkatan Pulang Seri Paduka ke Pahang seusai tamat tempoh berkhidmat sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16. Majlis itu disambut dengan meriah sehingga menyentuh hati serta perasaan kedua-dua baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bukan itu sahaja, ramai netizen turut berkongsi pelbagai hantaran di media sosial dan meluahkan rasa sedih dan rindu akan raja yang disegani rakyat itu. Namun, khabar baik untuk warganet kerana Tengku Ampuan Pahang iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah dikatakan mula aktif di platform TikTok.

image is not available

Baru kongsi 5 video tapi tontonan lebih sejuta

Akaun TikTok @cmspahang itu telah mendapat lebih 100 ribu jumlah followers dan hanya ada lima hantaran video. Videoyang pertama mengenai makanan kegemaran Tengku Ampuan iaitu nasi lemak dan kopi O.

Inilah makanan kegemaran saya.. nasi lemak dan kopi o

image is not available

Dalam hantaran lain, Tengku Ampuan Pahang turut merakam video cef istana dengan memakai fllter TikTok dan lagu yang agak kelakar. Baginda juga berceloteh dengan netizen yang bertanya mengenai video tersebut.

image is not available

Kongsi video kenangan dahulu

Selain itu, baginda berkongsi gambar kenangan bersama Seri Paduka, Al-Sultan Abdullah dan anak-anak ketika jelajah kembara Borneo pada hujung tahun lepas.

Di belakang setiap raja yang berjaya, ada seorang permaisuri, yang berbicara kepada hatinya dan mengingatkannya tentang takhtanya. Jika raja mempunyai permaisuri yang bijaksana di sisinya, maka segala kuasa berada di tangan yang baik.

image is not available

Tengku Ampuan Pahang juga mengenangkan hari pertabalan bapa baginda, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail 40 tahun yang lalu.

40 tahun lalu, di Pertabalan Ayah saya sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang Ke-8…. cepat masa berlalu!

image is not available image is not available image is not available

Banyak repost video netizen

Apa yang membuatkan netizen teruja, Tengku Ampuan Pahang ini telah repost beberapa video yang dimuat naik oleh netizen. Kebanyakannya adalah video kenangan baginda sewaktu menjadi Raja Permaisuri Agong.

image is not available image is not available

Di ruangan komen dalam beberapa video, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu dan tidak sabar mahu melihat content masakan baginda di TikTok.

image is not available image is not available

Min dah follow TikTok ni.. korang dah ke? hehe

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.