“Rindunya, Sampaikan Pada Mereka Ya Allah Kerana Aku Tak Mampu” – Farid Kamil 

Entertainment
27 Mar 2023 • 6:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Farid Kamil

Baru-baru ini hangat mengenai pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga apabila Diana menfailkan cerai pada awal bulan ini.

Diana dikatakan membuat permohonan itu dengan alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Terbaru! Farid Kamil meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anak menerusi akaun Instagram miliknya sendiri.

image is not available

Kalau korang tengok perkongsian itu, Farid memuat naik video yang menunjukkan beberapa foto dirinya bersama isteri dan anak-anak dipercayai ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

Rindunya pada mereka Ya Allah. Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu.

Farid Kamil sebelum ini berharap agar isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan pendamaian selepas dia menolok untuk lafazkan cerai dan akui bahawa masih sayangkan keluarganya.

Semoga yang baik-baik saja untuk pasangan ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved