(VIDEO) “Bagilah Jumpa, Apa Salahnya” – Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak, Netizen Harap Diana Danielle Berlembut Hati

Entertainment
27 Mar 2023 • 9:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari lalu, dunia hiburan digemparkan dengan satu khabar berita yang kurang enak untuk didengari setelah pelakon, Diana Danielle mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami, Farid Kamil.

Terbaharu, Farid telah meluahkan rasa rindunya terhadap anak-anak, Muhammad dan Aurora melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Dapat dilihat video beberapa saat itu merakamkan momen bahagia mereka sewaktu menunaikan Umrah di Tanah Suci.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Barangkali terkesan dengan kapsyen yang dibuat oleh pelakon tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kesian terhadapnya dan mendoakkan agar Farid kekal kuat hadapi ujian ini.

image is not available

image is not available

Malah, netizen turut berpendapat bahawa Diana tidak seharusnya menghalang Farid berjumpa dengan anak-anak biarpun berlaku masalah rumah tangga.

Sekadar info, Diana Danielle mengambil keputusan untuk bercerai kerana mendakwa sudah tidak persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

image is not available 6 hari lalu

"Apa Yang Kita Nampak Elok Di Luar Sana, Tak Semestinya Elok Sebenar-Benarnya" - Diana Danielle