Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi, USD Masih ‘King’

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi, USD Masih ‘King’

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) kekal disokong jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi serta permintaan terhadap aset selamat ketika ketidaktentuan global.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0835/4.0895 berbanding dolar AS daripada 4.0845/4.0890 ketika penutupan Isnin. Indeks Dolar AS (DXY) pula meningkat 0.23% kepada 102.167 mata. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata, pengukuhan dolar AS menyebabkan ringgit berkemungkinan terus bergerak dalam julat dagangan yang kecil.

Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh

Ekonomi Malaysia berkembang 6.0% pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4% pada suku pertama, disokong permintaan domestik dan eksport yang kukuh. 

Perkembangan ini menjadi antara asas yang menyokong ringgit ketika pasaran global berdepan ketidaktentuan. 

OPR Kekal 2.75%

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR pada 2.75% pada September dan mesyuarat dasar monetari seterusnya dijadualkan pada 5 November 2026. 

BNM turut menekankan bahawa risiko inflasi masih perlu diperhatikan susulan tekanan kos tenaga dan ketegangan geopolitik. 

Inflasi Meningkat Sedikit

Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9% pada Ogos, berbanding 1.8% pada Julai. BNM sebelum ini menyatakan tekanan harga turut dipengaruhi kenaikan kos luaran, termasuk kesan harga tenaga. 

Aliran Masuk Bon Kekal Kukuh

Permintaan asing terhadap pasaran bon Malaysia turut memberi sokongan kepada ringgit. Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih RM15.9 bilion pada Ogos, termasuk RM10.6 bilion dalam MGS dan GII. Ia merupakan aliran masuk bulanan terbesar sejak September 2013. 

Ringgit Didagangkan Bercampur

Berbanding mata wang utama, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5847/2.5886 dan pound Britain kepada 5.3976/5.4055, tetapi melemah berbanding euro kepada 4.5805/4.5872.

Dalam kalangan mata wang ASEAN, ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1151/12.1390, namun susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1907/3.1957. Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia. 

Secara keseluruhan, ringgit kekal disokong oleh asas ekonomi domestik dan aliran masuk bon, namun pengukuhan dolar AS serta jangkaan kadar faedah AS yang tinggi boleh mengehadkan pergerakan mata wang tempatan dalam jangka pendek. – Bernama


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved