Ringgit dibuka tinggi susulan jangkaan kadar faedah Fed

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 9:43 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Ringgit dibuka tinggi susulan jangkaan kadar faedah Fed

Ringgit dibuka lebih tinggi kepada 4.0565/0625 berbanding dolar AS susulan jangkaan kenaikan kadar faedah Fed berkurangan, kata Ketua Ahli Ekonomi Muamalat.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan jangkaan bahawa kemungkinan untuk Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah dalam mesyuaratnya pada September telah berkurangan, kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, unit tempatan mengukuh kepada 4.0565/0625 berbanding dolar AS daripada 4.0575/0615 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan kini terarah kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan dikeluarkan hari ini berikutan pasaran ingin mendapatkan petunjuk yang lebih jelas bahawa Fed tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar monetarinya.

“Pada masa sama, petunjuk positif bagi Malaysia seperti pertumbuhan yang teguh dan inflasi yang stabil menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia berdaya tahan, dengan Bank Negara Malaysia mempunyai ruang untuk mengekalkan kadar dasar.

“Oleh itu, kami menjangkakan ringgit bergerak pada jajaran RM4.05 hingga RM4.07 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada awal dagangan, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6958/7028 daripada 4.6982/7028 sebelumnya tetapi menurun berbanding yen Jepun kepada 2.5428/5467 daripada 2.5420/5446 dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4909/4990 daripada 5.4902/4956 semasa ditutup pada Selasa.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1729/1778 daripada 3.1756/1790 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.2453/2697 daripada 12.2657/2819.

Unit tempatan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 227.1/227.5 daripada 227.1/227.4 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.56/6.58 ketika ditutup semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved