Ringgit ditutup rendah susulan sentimen menjelang pengumuman data penting AS

Business & Finance
30 Jun 2026 • 6:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ringgit ditutup rendah susulan sentimen menjelang pengumuman data penting AS
Pada 6 petang Selasa, inggit susut kepada 4.0825/0870 berbanding dolar AS daripada paras 4.0680/0735 pada akhir sesi semalam. Foto hiasan

RINGGIT mengakhiri urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika peserta pasaran kekal berhati-hati menunggu pengumuman data-data ekonomi penting AS lewat malam ini.

Pada 6 petang ini, ringgit susut kepada 4.0825/0870 berbanding dolar AS daripada paras 4.0680/0735 pada akhir sesi semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, data utama AS yang menjadi tumpuan adalah Tinjauan Penawaran Jawatan dan Buruh serta Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan Pengguna AS.

"Dolar AS mendapat sokongan baik dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.23 peratus kepada 101.338 mata,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, ringgit juga telah mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini dengan mencecah paras RM4.04 sebelum susut ke paras sekitar RM4.08.

Dalam pada itu, ringgit juga rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain pada penutup hari ini.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.4036/4096 daripada 5.3767/3839, susut berbanding euro kepada 4.6528/6580 daripada 4.6383/6446 dan turun berbanding yen Jepun pada 2.5154/5183 daripada 2.5128/5164 pada penutupan semalam.

Prestasi ringgit juga bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Berbanding dolar Singapura, ringgit rendah kepada 3.1532/1570 daripada 3.1445/1490 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.2874/3084 daripada 12.2199/2412,

Ringgit bagaimanapun mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 227.9/228.3 daripada 227.8/228.3 dan tidak banyak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.65/6.67 daripada 6.65/6.66, sebelum ini. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved