Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Business & Finance
30 Jun 2026 • 9:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa seiring dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah. Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa seiring dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah berikutan peniaga melaraskan kedudukan pelaburan menjelang data pasaran buruh utama dan keyakinan pengguna AS dikeluarkan.

Pada jam 8.03 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0605/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0735 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS kekal pada paras yang tinggi berikutan tiada data ekonomi utama yang dapat menggerakkan pasaran manakala DXY dicatatkan pada 101.10 mata, menurun 0.25 peratus daripada paras ditutup sebelum ini.

"Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.06 hingga 4.08 dan peniaga terus memantau data ekonomi AS.

"Malam ini, laporan Kekosongan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Buruh (JOLTS) serta Indeks Keyakinan Pengguna (CCI) Lembaga Persidangan AS akan dikeluarkan, dengan keyakinan dalam kalangan pengguna dijangka meningkat pada Jun,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menurun berbanding pound kepada 5.3810/3975 daripada 5.3767/3839 semasa ditutup pada Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.6363/6506 daripada 4.6383/6446 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.5073/5151 daripada 2.5128/5164.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1406/1505 daripada 3.1445/1490 semasa ditutup pada Isnin, hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 227.4/228.2 daripada 227.8/228.3 dan mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.63/6.66 daripada 6.65/6.66

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1966/2412 daripada 12.2199/2412 sebelum ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved