Ringgit Mengukuh Berbanding USD, Disokong Harga Minyak Rendah

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 11:15 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Ringgit Mengukuh Berbanding USD, Disokong Harga Minyak Rendah

Ringgit dibuka sedikit lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat AS pada Isnin, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang terus memberikan sokongan kepada mata wang tempatan.

Pada jam 10:15 pagi, ringgit berada pada paras RM4.0680 iaitu positif 0.42% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent masing-masing berada pada sekitar $69.87 setong dan $72.46 setong.

Pada masa sama, Amerika Syarikat dan Iran dijangka meneruskan rundingan yang boleh membantu menstabilkan pasaran tenaga global.

Menurut Mohd Afzanizam, aktiviti perkapalan di Selat Hormuz masih berjalan seperti biasa, sekali gus menunjukkan risiko gangguan bekalan minyak semakin berkurangan.

Beliau menjangkakan pasangan mata wang dolar AS/ringgit akan bergerak dalam lingkungan RM4.08 hingga RM4.10 sepanjang dagangan hari ini.

Pada pembukaan dagangan, ringgit turut mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3929/4054 daripada 5.4013/4079 pada penutupan Jumaat.

Mata wang tempatan itu juga mengukuh berbanding euro kepada 4.6526/6634 daripada 4.6605/6662, selain mencatat kenaikan kecil berbanding yen Jepun kepada 2.5258/5318 daripada 2.5283/5316 sebelumnya.

Sementara itu, prestasi ringgit berbanding mata wang serantau adalah bercampur.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1560/1639 daripada 3.1581/1625 pada Jumaat.

Berbanding rupiah Indonesia pula, ringgit hampir tidak berubah pada 227.9/228.6 berbanding 227.9/228.3 sebelum ini, manakala berbanding peso Filipina kekal tidak berubah pada 6.66/6.68 berbanding 6.66/6.67.

Selain itu, ringgit turut meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.2284/2627 daripada 12.2445/2643 pada dagangan sebelumnya. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved