Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai potensi serangan siber di Malaysia, segelintir netizen dilihat berasa gusar dan mula melakukan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penggodam.
Malah golongan pakar juga menggesa kerajaan supaya memperkukuh kesiapsiagaan negara untuk berdepan ancaman keselamatan global, bukan sahaja melibatkan serangan siber malah juga gangguan infrastruktur kritikal, ketidaktentuan rangkaian bekalan makanan dan tenaga.
Segelintir Rakyat Sudah Mula Panic Buying Sebagai Langkah Jaga-jaga Berdepan Krisis Serangan Siber
Bagaimanapun tidak sampai beberapa hari sejak pengumuman Anwar di Dewan Rakyat, ada segelintir rakyat Malaysia yang dilihat sudah mula mengumpul stok bekalan makanan secara berlebihan atau ayat lainnya, panic buying.
Rata-rata dilihat membeli makanan bertin yang boleh disimpan dalam tempoh masa lama.
“Tak tahu la cukup ke tak, sekurang-kurangnya siap sedia. Lantak la orang nak cakap apa,” kata seorang pengguna Threads.
View on Threads
‘Beli Bekalan Makanan Untuk 10 Hari Je’ – Pengguna Threads
Seorang lagi individu berkata dia membuat stok makanan yang boleh bertahan selama 10 hari.
“Beli untuk 10 hari je pun. Sebab ada baca sumber tenaga pun akan terganggu. Tu yang beli siap-siap makanan ready to eat (sedia untuk dimakan),” dakwanya.
View on Threads
Stok Bekalan Makanan Di Malaysia Cukup Untuk Tempoh 6 Bulan – Ahmad Zahid
Bagaimanapun, ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Hal ini kerana kerajaan telah memberi jaminan bahawa stok bekalan makanan adalah mencukupi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lalu (2 November) berkata bekalan makanan, air minuman dan barangan keperluan asas negara mencukupi untuk tempoh enam bulan.
“Negara mempunyai kapasiti simpanan bekalan makanan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.
“Kerajaan juga sudah berusaha memastikan keperluan asas rakyat serta mereka yang berada di Malaysia, sentiasa mencukupi,” katanya, dipetik Berita Harian.
Baca Artikel Berkaitan: “Cyber Attack Dah Singgah WhatsApp” – Orang Ramai Diingatkan Jangan Tekan Link Atau Buka Fail ZIP Mencurigakan [Video]
“Tak Perlu Gelabah Sampai Borong Stok Makanan Enam Bulan” – Netizen
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Muhd Fazrul berkata semua rakyat sepatutnya bersedia dengan risiko ancaman siber dan bukannya dengan melakukan pembelian panik.
“Stock up barang keperluan untuk seminggu dah cukup. Tak perlu gelabah sampai borong stok enam bulan.
“Siap sedia tu bagus, panic buying tu tak perlu. Kerajaan Malaysia lagi hebat daripada penggodam. Jangan bagi penggodam menang perang psikologi pula. Bersedia, bukan panik,” tegurnya.
View on Threads
Gesaan Simpan Stok Makanan Untuk 10 Hari Adalah Apa Yang Kerajaan Eropah Buat, Bukan PMX Suruh – Pakar Geopolitik
Selain itu, pempengaruh geopolitik terkenal, Ahmad Faezal turut berkata ramai yang sudah menyebarkan maklumat palsu dengan mengatakan PMX menggesa rakyat untuk membuat stok bekalan makanan bagi tiga ke10 hari.
Tegasnya, masih tiada keperluan untuk rakyat Malaysia melakukan pembelian panik hingga mampu menyebabkan pembaziran.
“Baru tegur seorang sebab fearmongering (sebarkan maklumat palsu). Dia dah padam (hantaran).
“Semua yang kata ‘PMX suruh simpan makanan 3-10 hari’ tu, korang dengar kenyataan penuh tak? Bahagian tu adalah klip video pada rangkuman apa kerajaan-kerajaan Eropah buat.
“Malaysia cukup makanan lagi ni tapi kalau panic buying sampai membazir, benda ni akan kacau imbangan bekalan!
“Maka tak perlu panik. Kita bertahan dengan pandemik yang meragut 7.1 juta nyawa. Kita mampu mengharungi apa sahaja dengan kasih kurnia-Nya,” katanya.
Jelasnya, tiada masalah untuk menyimpan dan membuat sedikit bekalan tetapi tidak perlu panik dengan pembelian melampau.
View on Threads
Seorang netizen berkata, maklumat palsu yang menyebabkan kegusaran ramai ini telah menyebabkan ahli keluarga membuat stok makanan secara melampau.
“Benci betul tau orang yang sebar maklumat palsu ni, mak aku sampai panik dekat rumah overthinking. Lepas tu kelam kabut suruh aku siap sedia beli beras dan makanan tin banyak-banyak. Dekat rumah aku dah ada hampir 100kg beras!” katanya.
Berikut antara komen netizen-netizen lain:
View on Threads
![Image from: Risiko Serangan Siber: Panic Buying Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Ditegur Elak Buat Pembelian Melampau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/panic-buying-cyber-attack.jpeg)
![Image from: Risiko Serangan Siber: Panic Buying Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Ditegur Elak Buat Pembelian Melampau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/panic-buying-cyber-attack-2.jpeg)
![Image from: Risiko Serangan Siber: Panic Buying Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Ditegur Elak Buat Pembelian Melampau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/panic-buying-cyber-attack-4.jpeg)
![Image from: Risiko Serangan Siber: Panic Buying Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Ditegur Elak Buat Pembelian Melampau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/panic-buying-cyber-attack-5.jpeg)
![Image from: Risiko Serangan Siber: Panic Buying Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Ditegur Elak Buat Pembelian Melampau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/panic-buying-cyber-attack-6.jpeg)





