Risiko Terbakar, Xiaomi Tarik Balik Model “Power Bank” Ini Dari Pasaran

TechnologyDigital
2 Sep 2025 • 6:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Risiko Terbakar, Xiaomi Tarik Balik Model “Power Bank” Ini Dari Pasaran

Syarikat teknologi dari China, Xiaomi telah mengumumkan penarikan semula produk Power Bank 33W 20000mAh (kabel integrasi) dari pasaran.

Xiaomi dalam satu kenyataan di laman web berkata ia susulan terdapat beberapa isu yang dikenal pasti pada bahan mentah tertentu daripada pembekal.

“Sekumpulan kecil Power Bank Xiaomi 33W dengan kapasiti 20000mAh (kabel integrasi) (model: PB2030MI) yang dikeluarkan antara Ogos dan September 2024 mungkin mengalami kerosakan akibat keadaan penggunaan yang tertentu.

“Baterinya mungkin akan menjadi terlalu panas dan boleh mendatangkan kebakaran,” kata Xiaomi dalam kenyataan itu.

image is not available
Kredit: Xiaomi

Menurut Xiaomi lagi, walaupun jumlah masalah tersebut adalah dalam skala yang kecil, namun mereka memutuskan untuk menarik semula unit yang terjejas dari pasaran bagi memastikan standard kualiti produknya terjamin.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul. Xiaomi kekal komited untuk menyedikan produk yang selamat, boleh dipercayai dan berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh dunia.

Jika ada dalam kalangan anda sudah terbeli produk power bank ini, anda boleh menyemak kod SN anda di sini: https://www.mi.com/global/support/safety-notice/.

Lokasi kod SN pada setiap produk mungkin terletak di tempat yang berbeza, anda boleh mencari kod SN seperti di gambar bawah ini:

image is not available
Kredit: Xiaomi

Sumber: Xiaomi