Risteena Enggan Komen Isu Khalwat Ruhainies dan Aliff Aziz, Fokus Tunaikan Umrah Bersama

LocalEntertainment
11 Mar 2025 • 10:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
risteena

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies pada 27 Februari lalu menukar pengakuan kepada bersalah atas dakwaan berkhalwat dalam sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan menyatakan kedua-dua mereka telah membayar denda berjumlah RM3,000.

Risteena tak mahu komen isu khalwat

Kakak kepada Ruhainies, iaitu pelakon Risteena Munim bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.​

image is not available

Lapor mStar, Risteena menjelaskan bahawa dia enggan mengeruhkan lagi keadaan memandangkan isu berkenaan telah diselesaikan dengan baik.​

Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar daripada mulut saya hanya akan dikecam dan tanggapan negatif. Tapi sebenarnya hanya yang tahu sahaja tahu apa yang berlaku. Salah tetap salah, apa yang penting semuanya sudah selesai.​

Ruhainies tak baca komen, rancang tunai umrah

image is not available

Menyentuh mengenai keadaan terkini adiknya, Risteena memberitahu bahawa Ruhainies tidak membaca sebarang komen negatif dan kelihatan tenang menghadapi situasi tersebut.​

Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tidak baca komen. Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa, tapi setakat ni tengok dia okay sahaja.​

Dalam pada itu, Risteena turut berkongsi bahawa mereka merancang untuk menunaikan umrah dan menyambut Aidilfitri di Tanah Suci Makkah seperti yang dilakukan pada tahun lalu.​

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.