
Tular di aplikasi X surat layang yang pernah dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meminta bantuan untuk menyelamatkan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Dilaporkan, surat layang yang ditulis pada kertas A4 itu diselitkan pada pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Namun, surat itu dipercayai diketahui semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat ke dalam mesej melalui aplikasi WhatsApp.
Netizen kongsi imbasan fakta kes
IMBASAN FAKTA KES ZULFARHAN OSMAN
23 Julai 2024, 6 tertuduh utama bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman mati.
Ini imbasan fakta-fakta kes:
1) Ada 90 kesan tekapan seterika pada badan arwah. Seluruh badan arwah cedera, hanya muka dan telapak tangan tidak tercedera. https://t.co/H5ueTV1ynK
Rita Rudaini bersuara
Selebriti terkenal, Rita Rudaini turut bersuara menyokong pihak yang menerima surat layang supaya dikenakan tindakan.


Rita turut menyelar tindakan bomoh yang dikatakan memberi petunjuk mengenai kehilangan laptop menyebabkan arwah dipukul tertuduh.

Dalam pada itu, Rita menyeru ibu bapa supaya menjadi kes ini sebagai pengajaran. Katanya, jangan sesekali ambil mudah atau takut untuk membuat laporan.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: IG Rita Rudaini | X Sir Kamarul



