“Terima Kasih Orang Baik..” – Netizen ‘Banjiri’ Bahagian Komen Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan

24 Jul 2024 • 8:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

“Terima kasih orang baik..” begitulah komen yang ditinggalkan kebanyakan netizen di laman sosial individu yang dipercayai bertanggungjawab menulis dua surat layang dalam kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan, 7 tahun yang lalu.

Difahamkan surat layang itu diutuskan kepada pihak atasan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam usaha menyelamatkan arwah yang pada ketika itu didera oleh rakan-rakannya.

Media sosial milik salah seorang saksi yang juga rakan allahyarham Zulfarhan, Aiman Aufa itu dihujani dengan ucapan terima kasih dan penghargaan oleh netizen setelah ia menjadi tular di TikTok.

Menjengah ke ruangan Instagram Aiman, lelaki itu dilihat sudah menamatkan pengajian di sebuah kolej ketenteraan di luar negara dan sudah pun berkeluarga.

image is not available

 

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Tiada Wakil Mak Bapak Yang Datang Minta Maaf, Berlagak!" - Netizen Gesa Keluarga Pemb*nuh Zulfarhan Tampil Mohon Maaf