Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon – “Saya akan terus beri inspirasi kepada wanita..”

LocalEntertainment
23 Sep 2024 • 2:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon bersempena majlis Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar di laman Instagramnya, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ikon Malaysia untuk pengiktirafan tersebut selain akan terus memberi inspirasi kepada golongan wanita.

Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon

Instagram will load in the frontend.

“Terima kasih Ikon Malaysia, untuk Anugerah IBU IKON 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

“Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.

“Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon

image is not available

Tahniah Rita, anda memang layak!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat ibu tunggal kepada dua cahaya mata tersebut yang sememangnya layak untuk menerima anugerah itu.

image is not available image is not available

Teruskan beri inspirasi kepada wanita di luar sana!

Dalam pada itu, ramai menjadikan Rita sebagai idola mereka yang mampu membesarkan anak-anaknya walaupun tanpa seorang suami di sisi.

image is not available image is not available

Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan Aidil pada 2008 namun memilih jalan untuk berpisah September 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: Instagram @Rita Rudaini