Riuh Euro 2024: Pengunjung seronok dapat telefon, jam pintar

15 Jul 2024 • 8:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ameen (kiri) diiringi Zamri (kanan) menyerahkan hadiah kepada pengunjung Riuh Euro 2024 ketika aktiviti cabutan bertuah di Restoran Hakim, Seksyen 7, di Shah Alam pada Isnin.

image is not available
Safee (tengah) diiringi Zamri (kanan) menyerahkan hadiah kepada pengunjung Riuh Euro 2024.

image is not available
Ameen (dua dari kanan) dan Safee (dua dari kiri) ketika program 'Sports Matters’ pada Isnin.

image is not available
Pengunjung bersorak ketika menyaksikan final Euro 2024 antara Sepanyol dan England.

image is not available
Riuh Euro 2024 membuka peluang kepada RedONE untuk memperluaskan jenama mereka kepada masyarakat dan memupuk hubungan positif dengan pelanggan baharu.

image is not available
Amirudin (kanan) menyerahkan hadiah berupa telefon pintar kepada pengunjung bertuah.

SHAH ALAM - RedONE Network Sdn Bhd (redONE) memberi hadiah berupa telefon bimbit dan jam pintar kepada pengunjung yang hadir ke program Riuh Euro 2024 menerusi aktiviti cabutan bertuah di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, pemenang dipilih menerusi imbasan kod QR yang disediakan di sekitar lokasi program berlangsung.

"Acara seperti Riuh Euro 2024 merupakan peluang yang amat baik bagi redONE berinteraksi dengan lebih dekat dengan masyarakat, jadi kita hargai mereka menerusi pemberian hadiah seperti ini.

"Selain itu, kita juga membawa duta RedONE, Safee Sali untuk turut serta dalam program khas yang dianjurkan oleh Sinar Daily iaitu Sports Matters," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Program berkenaan menyaksikan perlawanan Akhir Euro 2024 antara England menentang Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi anjuran Sinar Harian dengan kerjasama rakan strategik lain seperti Restoran Hakim, Astro Biz, redONE dan Mahsuri Dagang di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro, Euan Smith; Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim; Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli dan tetamu kehormat lain.

Dalam pada itu Ameen memaklumkan, program tersebut membuka peluang kepada pihaknya untuk memperluaskan jenama kepada masyarakat dan memupuk hubungan positif dengan pelanggan baharu.

"Kami sentiasa mencuba untuk mendekati komuniti menerusi sukan... bukan kali pertama redONE terlibat dalam program seperti ini kerana kami pernah menaja Selangor FC, Terengganu, Kelantan FC dan Sabah FC.

"Pada tahun ini... sehingga kini kami masih meneruskan penajaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC serta Imigresen FC.

"Saya harap pada masa akan datang program begini perlu diadakan lagi dengan lebih ramai penaja yang lain menyertai kita dalam usaha membantu meningkatkan prestasi atlet dan mutu sukan negara," jelasnya.

Sementara itu, Safee Sali atau nama sebenar Mohd Safee Mohd Sali berkata, kehangatan perlawanan akhir antara England dan Spain dapat dirasai apabila sambutan luar biasa daripada orang ramai yang hadir ke program Riuh Euro 2024.

Ujarnya, seperti sedia maklum bola sepak merupakan salah satu sukan yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan kita boleh lihat di sini situasi tersebut memang berlaku.

"Menerusi kemeriahan ini, redONE juga secara tidak langsung sudah terlibat dalam satu program mengeratkan ukhuwah bersama komuniti setempat.

"Apa yang boleh saya rumuskan, mereka (pengunjung) semua semangat meraikan perlawanan akhir Euro 2024 dan saya rasa dengan kemeriahan ini banyak kelebihan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

"Tidak kisahlah dari segi makanan, info atau berita menarik mengenai sukan, aktiviti tambahan dan lain lain. Saya yakin program ini merupakan satu anjuran yang wajib diadakan kerap supaya lebih banyak pihak mendapat manfaat daripadanya," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!