
RIUH bakal menutup tirai tahun 2026 menerusi edisi Perfectly Imperfect yang berlangsung selama tiga hari, dari 27 hingga 29 November ini di G2 Blue Zone & The Square, Publika Shopping Gallery.
Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, acara ini menghimpunkan 20 jenama tempatan daripada pelbagai kategori termasuk fesyen dan gaya hidup, selain 10 vendor makanan dan minuman untuk pengunjung.
Menariknya, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa apabila jenama tempatan yang mengambil bahagian menyediakan diskaun, jualan khas serta promosi sepanjang acara berlangsung.
Bukan sekadar acara membeli-belah, Perfectly Imperfect RIUH turut menawarkan lapan bengkel kreatif termasuk bengkel corak dan pembuatan kalendar 2027 yang boleh disertai pengunjung.
Suasana dijangka lebih meriah dengan 20 persembahan daripada barisan artis tempatan termasuk Saint Kylo, Tilu dan Jazlen yang bakal menghiburkan pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Menggabungkan elemen membeli-belah, makanan, muzik dan aktiviti kreatif, RIUH turut membawa semangat RESETdengan menggalakkan orang ramai menyokong jenama dan perniagaan tempatan menjelang penghujung tahun ini.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan. Lebih menarik, kemasukan adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Facebook, Instagram dan TikTok @riuhinthecity.






