Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$126.6 bilion pada 31 Mac 2026

LocalBusiness & Finance
7 Apr 2026 • 3:43 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$126.6 bilion pada 31 Mac 2026 image is not available liza07/04/2026 - 15:43 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 April – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$126.6 bilion pada 31 Mac 2026.

 

BNM berkata paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing dan memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.

 

Komponen utama rizab antarabangsa BNM adalah rizab mata wang asing, AS$110.8 bilion; kedudukan dalam Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.3 bilion; Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$5.9 bilion; Emas, AS$6.4 bilion dan aset rizab lain AS$2.2 bilion.

 

Dari segi ringgit, jumlah aset keseluruhan BNM mencecah RM617.5 bilion merangkumi emas, tukaran asing & Hak Pengeluaran Khas RM511.38 bilion; kertas kerajaan Malaysia (MGS/GII), RM13.41 bilion dan deposit dengan institusi kewangan RM0.42 bilion.

 

Pinjaman dan pendahuluan, RM28.8 bilion; hartanah & peralatan, RM4.56 bilion dan aset lain RM58.9 bilion.

 

Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM617.53 bilion terdiri daripada modal dibayar, RM100 juta; Rizab BNM: RM185.4 bilion, mata wang dalam edaran: RM188.75 bilion dan deposit institusi kewangan: RM132.12 bilion.

 

Selain itu, deposit kerajaan persekutuan: RM2.69 bilion, Deposit lain: RM70.9 bilion, Kertas BNM: RM7.29 bilion, Peruntukan SDR: RM26.37 bilion dan liabiliti lain: RM3.86 bilion. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved