Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$126.6 bilion setakat 31 Mac 2026

Business & Finance
7 Apr 2026 • 5:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rizab antarabangsa BNM berada pada AS$126.6 bilion setakat 31 Mac 2026.

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$126.6 bilion setakat 31 Mac, 2026.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$110.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$6.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

Sementara itu, bank pusat berkata jumlah asetnya sebanyak RM617.54 bilion, terutamanya emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM511.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.79 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM419.79 juta), harta tanah dan peralatan (RM4.56 bilion) dan aset lain (RM58.98 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM617.54 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM185.44 bilion), mata wang dalam edaran (RM188.75 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.12 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM2.69 bilion), deposit lain (RM70.90 bilion), kertas Bank Negara (RM7.29 bilion), peruntukan SDR (RM26.38 bilion), serta liabiliti lain (RM3.86 bilion). - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved