Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak

16 Feb 2023 • 10:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lebih daripada setengah rizab petroleum diperoleh di Sarawak

Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak. Malaysia mempunyai cadangan minyak dan gas yang besar dengan jumlah 6.9 bilion tong setara minyak (boe) pada tahun 2022. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4.2 bilion tong terdapat di Sarawak manakala 1.3 bilion tong di Sabah.

Secara amnya, jumlah ini dianggap rizab 2P yang bermakna lebih daripada 50% daripada jumlah tersebut dianggap dapat dihasilkan secara teknikal dan ekonomi.

image is not available
Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak

Rizab petroleum boleh bertahan selama 15 tahun

Mengikut pengiraan indeks hayat rizab, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengatakan bahawa rizab petroleum Malaysia boleh bertahan selama 15 tahun.

Namun, ia boleh ditingkatkan lagi kepada 40 tahun dengan melakukan pelaburan modal yang tinggi, menggunakan teknologi baru, serta menyediakan suasana pelaburan yang stabil dan kompetitif, tambah beliau dalam satu kenyataan di parlimen pada 14 Februari 2023.

image is not available

Sarawak mempunyai 60.87% daripada jumlah rizab minyak dan gas Malaysia

Berdasarkan rekod Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Sarawak mempunyai 60.87% daripada jumlah rizab minyak dan gas Malaysia, manakala Sabah mempunyai 18.84%. Sementara itu, sebanyak 20.29% daripada jumlah rizab terdapat di perairan Semenanjung Malaysia.

Petronas sentiasa berusaha untuk menarik lebih ramai pelabur dalam sektor hulu dan hilir minyak dan gas di Malaysia. Usaha ini penting untuk memastikan keberterusan pelaburan modal yang tinggi bagi mendorong pertumbuhan sektor ini di negara kita.

image is not available

Lagi artikel semasa anda boleh baca di bawah: