Rizab simpanan tunai Kedah meningkat: Sanusi

30 Oct 2022 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sanusi

ALOR SETAR - Prestasi rizab simpanan tunai kerajaan Kedah terus meningkat dan berada pada tahap stabil iaitu berjumlah RM549.3 juta setakat September 2022.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rizab tunai meningkat sejak tahun 2020 hasil pengurusan kewangan yang cekap, teratur dan tidak berlaku ketirisan.

Menurutnya, rizab kerajaan negeri pada penghujung Disember 2020 berjumlah RM324.3 juta dan bertambah baik pada tahun 2021 iaitu sebanyak RM464.3 juta.

"Setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan menepati matlamat yang telah ditetapkan. Dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya ketika ini, perbelanjaan perlu dibuat secara berhemah dengan memberi keutamaan kepada keperluan berbanding kehendak.

"Jika kita nak ikut kehendak tidak akan pernah cukup. Perbelanjaan hendaklah dibuat mengikut keutamaan dan berdasarkan keupayaan aliran tunai kerajaan," katanya pada Pembentangan Bajet 2023 di Wisma Darul Aman pada Ahad.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri telah mendapat pengiktirafan Sijil Bersih Penyata Kewangan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir Disember 2021 oleh Ketua Audit Negara hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang stabil melalui pengurusan kewangan yang baik.

Jelasnya, walaupun kerajaan negeri mempunyai lebihan melalui rizab simpanan tunai, tetapi ianya tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya kerana peruntukan tersebut telah ditetapkan perbelanjaannya bagi maksud tertentu sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved