Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

25 Jul 2024 • 9:37 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini yang dibarisi duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jami memperkenalkan koleksi busana yang diberi nama 'The Malaya' pada Khamis.

Angkat Tema Tradisional

Busana khas bertemakan tradisional itu akan dipakai oleh kontinjen Malaysia sempena majlis perasmian Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung pada 26 Julai.

Menurut Rizman Nordin, rekaan itu didedikasikan untuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan mengangkat perwira-perwira negara sebagai inspirasi utama.

"The Malaya adalah cetusan sangat istimewa yang lahir pada lubuk hati kami sebagai pereka tempatan, yang mendukung nama Malaysia dalam setiap perjalanan memperjuangkan rekaan fesyen di sini juga merentasi sempadan negara

"Baju teluk belanga dipilih sebagai tanda junjungan kasih kami buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor.

"Koleksi ini adalah dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini buat perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman," ujar Rizman.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)




 


Teluk belanga akan dipakai oleh atlet lelaki manakala wirawati negara pula akan memperagakan baju kurung yang dilengkapkan dengan pemakaian tudung khas.

Tudung tersebut akan dihiasi dengan corak istimewa seperti cetakan tarikh-tarikh penting berkaitan Malaysia antaranya tarikh Kemerdekaan negara.