“RM 30 untuk 30 GB” – Kementerian Komunikasi & Digital Umum ‘Pakej Perpaduan’ Internet Mudah Alih

Technology
21 Dec 2022 • 5:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengumumkan ‘Pakej Perpaduan’ yang merangkumi pelan internet data mudah alih prabayar di mana pengguna boleh menikmati 30GB pada harga RM30 dalam tempoh enam bulan.

Pakej itu difahamkan bakal diberikan kepada belia, komuniti B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas, serta veteran angkatan tentera dan polis, ia dianggarkan bakal bermula Februari tahun depan.

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan program itu pada masa ini ialah CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM), dan YTL.

“Pakej perpaduan prabayar ini yang ditawarkan pada harga RM30 dengan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh enam bulan yang khusus untuk belia, golongan B40, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan veteran.

“Dengan hanya RM5 sebulan, golongan itu boleh menikmati kemudahan internet dan komunikasi dengan kelajuan tiga megabit sesaat (Mbps) dengan data 30GB,” katanya.

Data 30GB itu dapat menampung penggunaan perkhidmatan Chat dan Voice Call serta penggunaan aplikasi dalam talian bagi aktiviti harian.

Ia termasuklah pembelian dalam talian, penghantaran makanan dan tempahan, urusan perbankan, carian internet dan navigasi serta berita dan maklumat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.