RM1.3 juta naik taraf jeti Pelabuhan Kota Kinabalu

LocalTravel
28 May 2025 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.3 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf jeti Pelabuhan Kota Kinabalu di sini, sebagai prasyarat pemulihan laluan perkhidmatan feri ekspres antara Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata keterhubungan lebih baik antara kedua-dua wilayah akan mampu menggerakkan lagi pertumbuhan dalam pelbagai sektor, seterusnya menyumbang secara langsung kepada kekuatan blok ekonomi Malaysia Timur.

“Dalam konteks ini, perkhidmatan feri ekspres ini membawa makna besar kerana ia bakal menjadi pemangkin kepada rantaian ekonomi, sosial dan pembangunan serantau, termasuk mengeratkan lagi jalinan keluarga, urusan harian masyarakat, rantaian bekalan serta dinamika sosioekonomi setempat,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jeti dan Perasmian Feri Penumpang Kota Kinabalu-Labuan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, di Pelabuhan Kota Kinabalu.

Perkhidmatan feri penumpang antara Kota Kinabalu-Labuan kini kembali beroperasi selepas tiga tahun dihentikan akibat pandemik Covid-19.

Dr Zaliha berkata pelbagai urusan harian rakyat terutama yang berulang alik dari kedua-dua lokasi seperti pelajar, pesakit, peniaga, dan penjawat awam yang terjejas dalam tempoh itu, turut memberi kesan kepada kesejahteraan serta produktiviti harian mereka susulan kos meningkat dan masa perjalanan lebih panjang.

Bagaimanapun, beliau berkata kini masa perjalanan antara Kota Kinabalu dan Labuan dapat dikurangkan kepada sekitar tiga jam berbanding lima jam sebelum ini.

Beliau berkata lebih 400,000 perjalanan direkodkan melalui laluan laut antara Labuan dan Sabah, iaitu Menumbok dan Sipitang pada 2024 dengan pelbagai tujuan, termasuk pekerjaan, pendidikan, rawatan kesihatan dan urusan keluarga, manakala lebih 145,000 perjalanan direkodkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

“Dengan pelancaran laluan ini, unjuran keseluruhan perjalanan laut antara Sabah dan Labuan dijangka meningkat hingga 500,000. Ini akan memberi limpahan ekonomi dan menghidupkan kembali ekonomi pesisir, khususnya dalam sektor makanan, pengangkutan, penginapan dan peruncitan,” katanya.