RM1.41 bilion untuk 295 projek di Sabah

11 May 2024 • 1:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Larry Ralon

Kota Kinabalu: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata RM1.41 bilion diperuntukkan untuk 295 program dan projek di Sabah, di mana 70 projek adalah baharu dan selebihnya kesinambungan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata RM1.06 bilion adalah untuk melaksanakan 224 projek infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan air, bekalan elektrik dan pembangunan kawasan.

Beliau mengumumkan tambahan RM750,000 bagi setiap exco luar bandar bagi melaksanakan projek infrastruktur dan kemudahan mengikut kumpulan sasar di negeri/wilayah masing-masing.

Beliau juga berkata banyak projek luar bandar di Sabah diluluskan sebelum Kerajaan Madani masih belum dilaksanakan kerana prosedur di bawah kerajaan terdahulu terlalu ketat.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Justeru itu, Kementerian bersama semua kerajaan negeri dan wilayah, melalui exco/menteri luar bandar mereka mencari jalan untuk mempercepatkan pelaksanaan tanpa melanggar prosedur.

Bercakap selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kementeriannya dengan Exco Luar Bandar di Pelabuhan Sutera Pasifik, Jumaat, Zahid berkata sebelum ini projek yang telah diluluskan hanya boleh dilaksanakan selepas dua atau tiga tahun.

“Sebab ia bergantung kepada perunding, pengurusan nilai dan tender terbuka yang mengambil masa yang lama.

“Maka apa yang patut dilakukan ialah mengikut prosedur yang ditetapkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi, tetapi pelaksanaannya boleh dipercepatkan.

“Memandangkan prosedur yang digunakan sebelum ini terlalu ketat, langkah yang diambil oleh Kementerian adalah mendapatkan kaedah pelaksanaan melalui kelulusan Kementerian Kewangan khususnya dari segi cara mencari jalan untuk mempercepatkan pelaksanaannya.

“Kita tidak mahu melanggar prosedur tetapi dengan arahan Perdana Menteri untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, ada kaedah tertentu yang harus digunakan.

“Penyelarasan dilakukan dengan semua kerajaan negeri/wilayah yang diwakili exco luar bandar mereka supaya kita boleh maklumkan peraturan pelaksanaannya,” katanya.

Beliau juga mahu semua kerajaan negeri/wilayah memantau bagi mempercepatkan projek fizikal sedia ada yang telah diserahkan KKDW kepada mereka.

Mesyuarat pada Jumaat memutuskan exco negeri/wilayah menyelaras program luar bandar yang telah dipersetujui bersama oleh KKDW dan kerajaan negeri/wilayah sebelum ini dan melaksanakannya pada tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.