RM1.85 juta bantu pelajar Sabah di Timur Tengah

20 Mar 2023 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KAHERAH: Kerajaan Negeri meluluskan RM1.85 juta untuk membantu meringankan beban pelajar Sabah yang sedang menuntut di Mesir, Arab Saudi dan Jordan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Kerajaan Negeri memahami kos sara hidup tinggi yang dihadapi oleh pelajar di Timur Tengah,” katanya sambil menambah bahawa Yayasan Kebajikan Sabah dan Yayasan Sabah akan menyelaraskan bantuan itu.

Ketua Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan bersama pelajar Sabah yang sedang menuntut di universiti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi anjuran Yayasan Sabah di Al-Saraya Intercontinental, Hotel City Star, di sini Sabtu lepas.

Lebih 200 pelajar Sabah kini sedang menuntut di negara-negara tersebut.

“Saya mahu anda semua terus fokus pada pelajaran dan gunakan peluang ini untuk mempelajari al-Quran dan Hadis secara mendalam. Dengan pemahaman yang lebih mendalam akan meningkatkan nilai intelek anda yang akan menjadi aset kepada anda apabila kembali berkhidmat kepada negara,” katanya

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar. Beliau turut menyaksikan penyerahan RM10,000 untuk membeli buku Wisma

Perpustakaan Yayasan Sabah di sini daripada Majlis Islam Sabah (Muis), set Hadrah bernilai RM4,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah serta set komputer kepada Persatuan Pelajar Mesir sumbangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi negeri.

Ketua Menteri turut bersarapan bersama pelajar sebelum terbang bersama isteri Datin Seri Juliah Salag dan rombongan ke Mekah untuk menunaikan umrah. h

Pada 16 Mac, Ketua Menteri melawat Ekspo & Persidangan Keselamatan Maklumat Teluk (GISEC) di Pusat Dagangan Dunia Dubai. Beliau diiringi oleh Safar, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan ahli lembaga pengarah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.