HULU SELANGOR, 13 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI meneruskan bantuan RM1 juta bagi membantu penduduk berdepan bencana terutama banjir.
Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan itu bukan hanya melibatkan wang tunai sebaliknya turut meliputi bakul makanan, keperluan harian serta bahan mencuci.
“Bantuan ini juga termasuk serahan yang diberikan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) bagi membantu memenuhi keperluan mangsa.
“MBI sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk lakukan semak silang supaya semua mangsa mendapat bantuan,” katanya selepas menyerahkan bantuan wang tunai kepada 47 mangsa banjir di Hulu Bernam hari ini.

Tahun lalu, anak syarikat Kerajaan Negeri itu memperuntuk jumlah sama khusus untuk membantu mangsa terbabit kejadian bencana termasuk tanah runtuh dan kebakaran.
Pada Disember, Yayasan MBI menyalurkan sumbangan seperti bakul makanan kepada penduduk Kelantan yang terjejas banjir menerusi misi Skuad Ihsan Madani yang digerakkan ke negeri berkenaan.
The post Yayasan MBI peruntuk RM1 juta teruskan bantuan mangsa bencana appeared first on Selangorkini.

