
NABAWAN: Sejumlah RM1 juta wang zakat daripada FGV Holdings Berhad (FGV) diperuntukkan untuk menjayakan program kebajikan FGV Seikhlas Hati yang dibawa oleh SAJI bersama Muslim Care Malaysia (MCM) di daerah ini.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, dana itu akan digunakan untuk pembinaan sebuah masjid di Kampung Pulutan di sini, bernilai sekitar RM230,000 dan bantuan-bantuan lain.
Katanya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) FGV yang dijalankan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MCM bergiat aktif di dalam misi bantuan kemanusiaan tanpa sempadan serta misi dakwah di dalam dan luar negara sejak ditubuhkan pada 2006.
“FGV dengan kerjasama MCM banyak terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan di Palestin,Syria, Indonesia, Pakistan, Iran, Iraq, Myanmar, Kemboja dan beberapa negara lain yang ditimpa bencana,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘FGV Seikhlas Hati bersama Muslim Care Malaysia di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan di sini pada Khamis.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Selain itu katanya, daripada jumlah peruntukan itu, seramai 601 keluarga saudara baharu menerima sumbangan wang tunai, barangan makanan dan kelengkapan ibadah.
Sementara itu katanya, sebuah rumah untuk saudara baharu di Kampung Dumpiring Bawah, Kundasang yang bernilai RM120,000 turut dibina.
Pada masa sama Ruslan berharap akan lebih banyak pihak NGO yang lain tampil untuk membantu.
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang turut berucap pada majlis itu merakamkan penghargaan kepada badan NGO tersebut yang membantu umat Islam di daerah ini.
“Bagi pihak umat Islam di daerah ini saya menghargai sumbangan FGV dan MCM yang menjadikan Nabawan sebagai tumpuan program pada kali ini,” katanya.
Hadir sama Sahibus Samahah Mufti Negeri Sabah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Berhad Dato' Mohd Nazrul Izam Mansur, Presiden NGO Muslim Care Malaysia Haji Zulkifli Wahijan dan Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jiton.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
